Asalamualaikum bagi pembuka ayat..Ini saya ingin menceritakan apa itu Rumpai laut atau pure marine collagen dan khasiat penggunaannya...terlebih dahulu rumpai laut ini 100% asli,belum di proses,bebas kimia/racun,bebas pewarna,bebas pengawet,bebas steroid dan bebas perisa tambahan.
Rumpai Laut merupakan khazanah lautan Sabah yang bernilai tinggi dalam indutri makanan kesihatan sejagat masa kini.Ibu kolagen merupakan keluarga rumpai yang hidup subur di lautan Malaysia.Kini semporna merupakan destinasi utama negara dalam penternakan Rumpai Laut secara komersial.Sumber nutrisi yang sangat hebat untuk kesihatan dalaman dan kulit.Sesuai diamalkan lelaki dan wanita untuk semua.
Kandungan yang terdapat dalam Rumpai Laut ini seperti kolagen,kalsium,vitamin A,protein,omega 3 dan omega 6.kolagen rumpai laut mengandungi 10 kali ganda lebih tinggi daripada sirip ikan Yu dan 24% kolagen ini bersamaan dengan 2 keping sarang burung layang2x.Manakala kalsium terdapat 37 kali ganda lebih tinggi daripada hati ikan.vitamin A pula mempunyai 40 kali lebih hebat dari beta carotine @ 638 kali ganda lebih baik dari daging lembu dan protein pula mempunyai 21 kali lebih banyak dari susu.Selain itu,omega 3 dan omega 6 mengandungi 2326 kali lebih banyak dari ikan.
Rumpai Laut ini mempunyai kandungan iodine yang tinggi,berfungsi untuk menghalang tubuh manusia menyerap logam berat yang berbahaya seperti plumbum yang boleh mengakibatkan kanser darah dan kanser tulang.Ia turut memiliki banyak vitamin dan mineral penting untuk tubuh seperti kalsium,magnesium,potasium,vitamin B6,B12,C,A,omega 3 dan antioksida.Kandungan serat yang tinggi juga memudahkan penghadaman dan dapat membantu pengguna mengatasi masalah sembelit/buasir.
Kesan dari pengambilan kolagen asli ini boleh melaraskan berat badan dan menstabilkan hormon,meningkatkan sisitem imun dan metabolisme badan,menegangkan payu dara,memejalkan otot serta punggung,menyihatkan rambut dan kuku,menguatkan sisitem abdomen dan memelihara kalenjar tiroid,mengurangkan penuaan pramatang seperti kedutan dan kulit kendur,mengurangi selulit,melancarkan peredaran darah,megurangkan sakit bahu dan belakang,menguatkan tulang dan sendi,artritis dan osteoporosis,meningkatkan sel rawan,ligamen dan otot,merawat penyakit gout,mencegah kanser/tumor,menurunkan tekanan darah tinggi,meningkatkan fungsi penghadaman/pencernaan,merawat gastrik,anti bakteria/kulat,merawat anemia,menurunkan tahap kolestril dalam tubuh,menyerap lebihan garam dalam tubuh(lumpuh),melicin,menegang,dan menghaluskan kulit,mempercepatkan pengecutan jerawat,memudarkan kesan jeragat dan menghapuskan parut,merangsang menghasilkan sel2x baru kulit,menyembuhkan luka,menstabilkan kandungan gula dalam darah(lencing manis),membersihkan tubuh dari reaksi radikal bebas,memberikan rasa kekenyangan(diet) dan memelihara usus kecil(mengelakkan sembelit/buasir).
Pengambilan kolagen mentah ini secara teratur dan berterusan memberi impak yang sangat positif akan menjadikan keseluruhan kulit badan licin,halus,lembut,dan cerah.Pori2x kulit wajah mengecil dan nampak segar dan bermaya.Kolagen ini juga boleh di buat masker.Bagi ibu hamil,pengambilan kolagen membuat kulit bayi yang d lahirkan cantik,sihat dan cerah.
saranan bagi yang mengamalkan rumpai laut ini perbanyakan minum air kosong bagi melancarkan pembuangan toksin dab mengoptimumkan penyerapan kolagen oleh badan.Bagi ibu yang mengaandung disarankan pengambilan 4-5 bulan keatas sahaja dan ibu dalam pantang tidak di galakkan kerana bersifat sejuk.selepas 2 bulan berpantang bolehlah mengamal semula kolagen ini.
Ahaaa selesai sudah perbicaraan yang lebar ini agar kawan2x dapat tahu sedikit sebanyak tentang khasiat Rumpai laut ini dan jika ada tersilap kata @ info yang salah boleh la komen dan saya juga manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan di dunia ini...hhhhihihhihihi jika nak tahu cara pengunaan @ cara menyediakan tuggu episod seterusnya k hahahah...